Tuesday, 8 January 2019

Pengenalan & Definisi ABM

Alat bantu mengajar(ABM) yang mana juga dikenali sebahagian daripada media pengajaran yang ditakrifkan  sebagai audia visual dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya yang berfungsi dalam perlaksanaan sesuatu pengajaran( Heinich et.al tahun 2002 ). Berdasarkan definisi di atas, jelas menekankan alat bantu mengajar sebagai satu elemen yang amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kita selalu beranggapan, penggunaan perkataan di dalam kelas sudah memadai untuk  menyampaikan mesej dalam sesuatu pengajaran. Seringkali ramai  guru yang berpegang kepada kepercayaan tersebut, ini menyebabkan timbulnya masalah komunikasi guru dengan pelajar. Justeru itu, penggunaan ABM adalah berkesan jika pengajaran berdasarkan perkataan bersama-sama dengan  gambar atau simbol yang lebih konkrit maknanya kepada  pemahaman para pelajar. Misalnya untuk menyatakan konsep “besar”, guru bolehlah menunjukkan satu objek atau gambar yang bersaiz lebih besar daripada gambar atau objek lain. Ini dapat digunakan untuk menunjukkan konsep “besar” yang dimaksudkannya. Sekiranya menggunakan perkataan semata-mata, maka sesuatu proses pengajaran tersebut akan lebih bersifat abstrak dan sukar difahami serta tidak dapat memberikan gambaran yang jelas kepada para pelajar.

          Dengan menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) segala bentuk simbol dan komunikasi verbal yang abstrak  dapat diperjelaskan. Ini memudahkan para pelajar memahami isi kandungan sesuatu pelajaran. Penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi juga dapat mengatasi sikap pasif dikalangan para pelajar kerana ia akan menimbulkan minat pelajar untuk belajar, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih mengembirakan dan menyeronokan. Walaupun kurikulum dan bahan pengajaran, ditentukan sama bagi setiap pelajar, sifat unik yang ada pada setiap pelajar dan ditambah pula  persekitaran yang berbeza . Ini akan membuatkan guru mengalami sedikit kesulitan dalam mengatasi perkara tersebut.


No comments:

Post a Comment