Throw the ball into the box number ialah satu alat permainan yang membolehkan kanak kanak belajar mengenali nombor gandaan seperti 2, 4, 6 , 8 dan 10. Selain itu kanak kanak dapat menggerakkan pergerakan kemahiran motor halus mereka dengan membaling bola kecil ke dalam kotak yang dicipta dan kanak kanak juga dapat mengimbangi bola untuk dimasukkan ke dalam lubang nombor yang disediakan. Stay tuned for our next post becaus we gonna show our picture of ABM and we gonna show the video how to play that things.
Tuesday, 15 January 2019
Tuesday, 8 January 2019
Pengenalan & Definisi ABM
Alat bantu mengajar(ABM) yang mana juga dikenali sebahagian daripada media pengajaran yang ditakrifkan sebagai audia visual dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya yang berfungsi dalam perlaksanaan sesuatu pengajaran( Heinich et.al tahun 2002 ). Berdasarkan definisi di atas, jelas menekankan alat bantu mengajar sebagai satu elemen yang amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kita selalu beranggapan, penggunaan perkataan di dalam kelas sudah memadai untuk menyampaikan mesej dalam sesuatu pengajaran. Seringkali ramai guru yang berpegang kepada kepercayaan tersebut, ini menyebabkan timbulnya masalah komunikasi guru dengan pelajar. Justeru itu, penggunaan ABM adalah berkesan jika pengajaran berdasarkan perkataan bersama-sama dengan gambar atau simbol yang lebih konkrit maknanya kepada pemahaman para pelajar. Misalnya untuk menyatakan konsep “besar”, guru bolehlah menunjukkan satu objek atau gambar yang bersaiz lebih besar daripada gambar atau objek lain. Ini dapat digunakan untuk menunjukkan konsep “besar” yang dimaksudkannya. Sekiranya menggunakan perkataan semata-mata, maka sesuatu proses pengajaran tersebut akan lebih bersifat abstrak dan sukar difahami serta tidak dapat memberikan gambaran yang jelas kepada para pelajar.
Dengan menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) segala bentuk simbol dan komunikasi verbal yang abstrak dapat diperjelaskan. Ini memudahkan para pelajar memahami isi kandungan sesuatu pelajaran. Penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi juga dapat mengatasi sikap pasif dikalangan para pelajar kerana ia akan menimbulkan minat pelajar untuk belajar, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih mengembirakan dan menyeronokan. Walaupun kurikulum dan bahan pengajaran, ditentukan sama bagi setiap pelajar, sifat unik yang ada pada setiap pelajar dan ditambah pula persekitaran yang berbeza . Ini akan membuatkan guru mengalami sedikit kesulitan dalam mengatasi perkara tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)